Monday 6 February 2012

Utuse meloya:Umat Islam jangan tertipu imej Islam Pas. Kah Kah Kah

Dari Utuse Meloya buat semua pencacai umno/bn...kah kah kah





 Umat Islam tidak seharusnya terpedaya dengan imej ulama yang dibawa oleh pemimpin Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebenarnya turut mempunyai keinginan dan nafsu terhadap kuasa politik.
 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Datuk Hasan Malek berkata, imej ustaz atau Tok Guru yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz juga hanya adegan politik untuk menagih kepercayaan dan sokongan orang ramai.

''Apatah lagi sekarang sudah jelas Nik Abdul Aziz juga tetap menyanjung Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun Ketua Pembangkang itu menyatakan sokongan terhadap Israel.


''Pada masa sama, Nik Abdul Aziz juga merestui pemecatan Datuk Hasan Ali daripada Pas dan seolah-olah menentang Hasan dalam perjuangan beliau menegakkan akidah Islam," katanya kepada Utuse Meloya .

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan untuk kekal bertanding pada pilihan raya umum akan datang meskipun pada usia yang mencecah 81 tahun.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Nik Mohd. Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.

Dalam perkembangan sama, Hasan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, Nik Abdul Aziz perlu mengekalkan kedudukan sebagai Menteri Besar Kelantan berikutan isu kedudukan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Malah kerana itu juga kata Hasan, Nik Abdul Aziz seolah-olah berdolak-dalik apabila digesa mengisytiharkan hartanya dan harta menantunya itu apabila mendakwa sifat takwa adalah lebih penting daripada mengisytiharkan harta.






1 comment:

  1. buta perut, buta mata lebih2 buta matahati org2 umngok ni....elok kambueh je

    ReplyDelete

Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive