Thursday, 9 February 2012

::NFC dakwa jadi mangsa PKR::

::NFC dakwa jadi mangsa PKR::


 National Feedlot Corporation (NFC), syarikat kontroversi yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan menyalahgunakan pinjaman kerajaan, mengulangi bahawa ia tidak bersalah dan mendakwa ia menjadi mangsa PKR.


 Pengarah Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh (kiri), dalam Twitternya, semalam berkata tidak ada apa yang hendak disembunyikan oleh pihaknya.

Sebaliknya, tegas beliau, syarikatnya jujur untuk menjayakan Pusat Fidlot Kebangsaan, tetapi menegaskan ia mengambil masa.

Sambil menekankan bahawa syarikat itu telus dalam semua operasinya, Izran menuduh PKR memutarbelit isu tersebut.

Izran berkata, pihaknya tidak pernah menyembunyikan apa-apa.

Menurutnya lagi,  terdapat liputan media bagi setiap langkah, termasuk apabila perjanjian pinjaman ditandatangani.

Sekali lagi, Izran mendakwa PKR telah memutarbelit segala-galanya.

NFC, sebuah syarikat yang dimiliki anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, telah diberikan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan untuk melaksanakan projek Pusat fidlot Kebangsaan.

Izran adalah anak lelaki Shahrizat, manakala suami menteri itu, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail merupakan pengerusi syarikat berkenaan.

Via:MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment

Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive