Iskandar A. Samad (gambar) mengalu-alukan hasrat Datuk Seri Noh Omar untuk membantu pembeli-pembeli rumah di Ukay Bistari, Hulu Kelang tetapi ianya mestilah usaha yang bersungguh-sungguh dan bukan untuk mencari publisiti.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor itu berkata, walau bagaimana pun terdapat kekeliruan dan banyak persoalan menyelubungi majlis serah kunci oleh Noh kepada pembeli-pembeli pangsapuri Residensi Bistaria 30 Januari lepas.
“Pertama, laporan dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya atau MPAJ menunjukkan pemaju pada hari kunci diserah belum lagi memohon untuk mendapat sijil layak menduduki bangunan atau CF,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Jelasnya, pada lazim penyerahan kunci hanya dilakukan setelah CF diperolehi atau sekurang-kurangnya CF sementara atau TCF diperolehi.
“Bagi pembangunan ini, CF akan mengambil masa untuk diperolehi kerana kelulusan Bomba memerlukan masa untuk diperolehi,” ujarnya lagi.
Tambahnya, tanpa CF, meter air tidak dapat dipasang maka sudah tentu penduduk tidak dapat berpindah masuk secara sah.
“Oleh itu, saya menasihatkan Datuk Seri Noh untuk tidak mempolitikkan masalah rakyat,” katanya yang juga Adun Cempaka.
Tambahnya, telah terbukti di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kemajuan pembinaan projek-projek terbengkalai di Ukay Bistari adalah lebih banyak dari di bawah Barisan Nasional.
Via:HarakahDaily

No comments:
Post a Comment
Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.