Wednesday, 1 February 2012

UMNO Anti Israel Dan Yahudi? Biar Betul....Jangan Otak Kita Dilembukan

"APA lagi yang boleh Umno jadikan modal untuk memburukkan DS Anwar?  Kes liwat, hancur lebur.  Kes video seks hitam putih, jadi bahan ketawa.  Kes jam Omega, pihak Polis kata lupakan saja isu jam yang datangnya dari Taiwan itu.  Terbaru sebelum isu Anwar sokong Israel, kes video seks di Thailand, lagi memalukan kerana tarikh yang kononnya video dirakam itu, Anwar berada di KL dan hadir sidang akhbar di Pejabat PAS.




 Poster ini pernah digunakan di dalam PRK Parlimen Bukit Gantang.
Kini, heboh di media pencacai bahawa Anwar menyokong Israel.  Mahu membuat pembohongan dan fitnah berdasarkan akhbar Wall Street Journal yang mana semua orang boleh baca dan faham, kecuali otak-otak porno lembu kondo. Bab sokong Israel ini, adakah berani Najib berdebat dengan Anwar.  `Taubat lahom' bak kata Mat Sabu Najib tidak akan berani.  Walaupun kononnya mereka ada bukti dan fakta bahawa Anwar sokong Israel dan ejen Amerika, mampus Najib tidak akan berani berdebat dengan Anwar.  Sebab apa?  Sebab, Umno dulu kini dan selamanya hanya bergantung kepada media pencacai mereka untuk memperbodohkan rakyat.
Siapa tahu, di bangunan manakah bendera Israel ini pernah dikibarkan?
Sebab itu, tidak hairan ramai di kalangan rakan-rakan aku yang berkata, mereka akan meminta borang memasuki Umno esok, sekiranya hari ini Najib berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Anwar.  Di dalam debat, kepintaran berhujah sahaja tidak cukup, tetapi kekuatan untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai adalah melalui fakta serta bukti yang kukuh.  Atas sebab ini lah, Najib amat takut untuk berdebat dengan Anwar.
Yossi Benavoun - Pemain Chelsea berbangsa Yahudi Israel pernah jejak kaki ke Malaysia
Anda lupakah seorang pemain Chelsea bernama Yossi Benavoun, adalah seorang Yahudi dari Israel dan beliau berjaya menjejakkan kaki ke bumi Malaysia sewaktu perlawanan persahabatan dengan pasukan kita?  Kita juga pernah menerima kehadiran pemain kriket dari Israel beberapa tahun dahulu, dan beberapa pemimpin PAS telah ditangkap kerana berdemontrasi membantah kehadirannya.  Umno anti Israel?  Jangan sampai termuntah ok.
Chegu Bard sepanjang ceramahnya sekarang sering mengingatkan rakyat bahawa kerajaan kita sebenarnya mempunyai hubungan dagang dengan Israel.  Beliau mempunyai bukti berbentuk dokumen dan bukti tersebut sering ditunjukkan kepada orang ramai.  Mengapa kerajaan berdiam diri?  Fitnahkah Chegu Bard?  Jika fitnah, apa yang harus kerajaan buat?

No comments:

Post a Comment

Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive