Penggunaan dakwat kekal yang bakal dilakukan oleh pemerintah Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti tidak cukup, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, antara perubahan yang terpenting adalah kebebasan media sebagaimana yang dituntut oleh PAS dan Pakatan Rakyat selama ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh wartawan New Straits Times di kediamannya di Rusila, hari ini.
Menurutnya, peranan media sangat penting selaku saksi yang bertanggungjawab terhadap keterangan-keterangan yang diutarakan kepada rakyat.
Manakala, katanya rakyat pula bertindak sebagai ‘hakim’ yang adil dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, demokrasi barat telah pun melakukan perubahan dengan cara mengambil pendekatan feqah politik Islam.
Katanya, barat melakukan perubahan dengan memberi hak kepada rakyat membuat pilihan serta menjadi ‘hakim’ yang adil.
Menurutnya, peranan media pula sama seperti peranan saksi di mahkamah yang perlu memberi keterangan nyata dan adil kepada hakim.
“Bagaimana rakyat boleh jadi hakim yang adil sekiranya mereka hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja,” ujarnya yang juga Adun Ru Rendang.
Menurutnya lagi, liputan media arus perdana terutama media elektronik di negara ini masih berlaku sebelah pihak sahaja.
Bahkan, katanya peranan media cetak juga terhad yang diberikan pemerintah kepada parti-parti bukan kerajaan.

No comments:
Post a Comment
Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.