Wednesday, 15 February 2012

GEMPAK!!! Tiada logo 1Malaysia, tiada subsidi.

Pengusaha tiga barangan kawalan - tepung, gula dan minyak masak - diwajib memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula  bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan.

 Bagaimanapun, menurut beberapa akhbar-akhbar Cina, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe dipetik berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi  pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan berkenaan.


Dasar baru itu pertama kali diumumkan oleh Tan di Taiping pada 10 Februari lalu.

Sebelum ini, pengeluar tepung juga diminta oleh kerajaan untuk menggunakan logo 1Malaysia pada bungkusan mereka mulai Januari tahun ini, tetapi ia tidak diwajibkan.

Bagaimanapun, mulai bulan ini, arahan memaparkan logo 1Malaysia akan diwajibkan dan juga dilanjutkan kepada dua lagi barangan terkawal lain, iaitu gula dan minyak masak.

Jika pengilang gagal berbuat demikian, mereka tidak lagi dapat menikmati subsidi daripada kerajaan.

Menurut sumber industri yang dipetik akhbar China Press, kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi pembungkusan barangan berkenaan.

 Ini termasuk logo, yang mesti bersaiz  sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak dengan ketara. Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "harga minyak masak ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia".

Sesetengah pengusaha telah menyatakan rasa tidak puas hati kepada akhbar-akhbar Cina. Mereka mendakwa bahawa arahan itu "tergesa-gesa" dan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mematuhinya.

@TopengMaya:1 Malaysia 1 Apco...

No comments:

Post a Comment

Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive