Kepala babi ditemui pula di luar sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, menjadikannya kes kedua dalam tempoh kurang seminggu.
Menurut ahli parlimen Batu Tian Chua, kali ini kepala babi itu ditinggalkan di luar Masjid Hidayah Sentul, di kawasan parlimennya.
"Pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan kepala babi di luar Masjid Hidayat Sentul. Percaya cakap saya, sesiapa yang bermain dengan api ini, kita akan berikan mereka neraka!"
"Kepala babi (rupanya macam babi hutan) dan empat kaki dibungkus dalam plastik dan diletak di luar pagar," tulisnya di Twitter.
Ketika dihubungi, Chua berkata beliau sedang bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa masjid mengenai perkara itu dan akan mendedahkan lebih banyak butiran selepas mesyuarat berkenaan.
Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.
Polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Chua ketika dihubungi semula kemudian, berkata bilal masjid mengesan beg plastik yang mengandungi kepala dan bahagian lain anggota babi itu di luar pintu pagar utama sekitar jam 11 malam semalam.
"Tetapi beliau tidak menyentuhnya tetapi menguncinya. Beg plastik itu hanya dibuka oleh ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada kira-kira 7:30 pagi ini dan mereka mendapati kepala, khaki dan kulit babi," katanya.
Menurut Chua, jawatankuasa masjid kemudian menghubungi polis yang tiba pada jam 8 pagi bersama pasukan anjing pengesan.
"Saya percaya kejadian ini bermotifkan politik untuk memecahkan perpaduan rakyat di negara ini dan cuba mengalihkan rakyat dari isu-isu ... dan untuk mewujudkan ketegangan, dan mereka yang mendalangi perbuatan ini tidak akan berhenti.
"Mereka akan terus berbuat demikian sehingga sesuatu berlaku. Saya seru orang ramai supaya tidak jatuh dengan perangkap ini," katanya.
Chua berkata ahli jawatankuasa masjid itu tenang dalam menghadapi situasi yang disifatkannya sebagai berbentuk provokatif itu.
Via:MalaysiaKini

No comments:
Post a Comment
Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.