Monday, 13 February 2012

Kerajaan digesa tubuh suruhanjaya siasat warga asing jadi pengundi

Pakatan Rakyat (PR) hari ini sepakat mendesak kerajaan segera menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat pendatang asing, yang didakwa diberi kewarganegaraan untuk melayakkan mereka mengundi dalam pilihan raya.


Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak sepatutnya hanya fokus di Sabah kerana ia melibatkan isu negara.

"Kita ingin tahu segera tentang kesahihan status orang yang layak dan yang tidak layak mengundi sebelum pilihan raya umum nanti ,"
katanya pada sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, di ibu pejabat PKR, di sini, tadi.

Sebelum ini, PR mendedahkan bahawa wujud satu sindiket, yang dinamakan “Projek IC”, didakwa memperdayakan warga asing di Sabah untuk membayar sejumlah wang tertentu untuk mendapatkan kad pengenalan dengan syarat mengundi Barisan Nasional (BN).

Anwar berkata, adalah tidak munasabah kerajaan menjadikan isu ini sebagai satu agenda politik sempit untuk memenuhi tuntutan yang terbatas, terutama membabitkan warga asing di negara ini.

Laporan media kelmarin menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah ketika lawatannya ke sini minggu ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, mesyuarat Kabinet terkini telah membincangkan perincian mengenai cadangan suruhanjaya itu.

"Memang tidak mustahil beliau akan buat pengumuman itu jika anda semua bertanya kepada beliau mengenainya," katanya.

Pada November lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mencadangkan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat "Project IC".

Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.

No comments:

Post a Comment

Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive