Friday 3 February 2012

Tanah perkuburan islam diceroboh dan dibangunkan lot-lot kedai

PAS Pahang hari ini melahirkan rasa dukacita terhadap pencerobohan tanah perkuburan Islam Hutan Setali, Kuantan yang telah dibangunkan ke lot-lot kedai dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Tanah yang dimaksudkan terletak di lot 338, Tanah Kubur Tambahan di Hutan Setali yang mempunyai keluasan 1.206 hektar (3 ekar).

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang pada 20.9.2000 telahpun meluluskan tanah tersebut sebagai rezab kawasan Tanah Kubur Tambahan di Hutan Setali.


“Apa yang mendukacitakan bilamana kawasan ini dibangunkan lot-lot kedai dengan kelulusan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), sedangkan agensi tersebut sepatutnya tidak meluluskan kawasan tambahan ini untuk dibina lot kedai, kerana ianya telah pun diluluskan sebagai tanah rezab perkuburan,” kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sehubungan itu, katanya diharapkan pihak berwajib menjalankan siasatan terperinci terhadap hal ini. 

“PAS mengesa satu siasatan rapi yang melibatkan pelbagai agensi seperti Pejabat Tanah Daerah, Majlis Perbandaran Kuantan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti dilakukan bagi mengembalikan semula kawasan tersebut sebagai kawasan perkuburan Tambahan sejajar dengan keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri,” tegas beliau.

No comments:

Post a Comment

Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive