KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang bebas bagi menangani gejala rasuah yang dikatakan kembali menular dalam kancah bola sepak tempatan.
Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata pasukan petugas berkenaan diletakkan di bawah Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan
dan dipengerusikan oleh Tan Sri Aseh Che Mat.
“Kita akan menggunakan konsep 3E bermaksud Education (Pendidikan), Engagement (Perhubungan) dan Enforcement (Penguatkuasaan) untuk menangani masalah rasuah ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas FAM bagi menangani rasuah di pejabatnya, sini hari ini.
Mesyuarat khas berkenaan yang berlangsung hampir dua jam itu turut dihadir oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan dan Pengarah Bahagian Risikan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shamshun Baharin Mohd Jamil.
Skandal rasuah yang pernah melanda bola sepak negara pada tahun 1994 dan 1995 dikatakan kembali berulang berhubung dakwaan sembilan pemain skuad Liga Perdana Perlis disyaki terbabit dalam mengatur perlawanan baru-baru ini.
Tengku Abdullah berkata menerusi konsep pendidikan, badan induk bola sepak negara itu berharap dapat mendidik pemain dan pegawai persatuan mengenai kesan daripada amalan rasuah atau mengatur perlawanan.
“Menerusi konsep perhubungan pula, kita akan berbincang secara mendalam dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM tentang keseriusan kita untuk membanteras gejala rasuah,” katanya.
Katanya, FAM tidak berkeupayaan untuk membanteras gejala rasuah secara bersendirian kera ianya adalah sebuah organisasi bola sepak.
Tengku Abdullah, yang juga Tengku Mahkota Pahang, berkata menerusi konsep penguatkuasaan, FAM akan berganding bahu dengan kedua-dua badan penguatkuasaan tersebut untuk membanteras gejala itu.
Katanya, FAM akan memperkenalkan peraturan baru dalam masa terdekat di mana kelulusan lesen pemain dan pegawai pasukan hanya diberikan kepada mereka yang bebas dari sebarang tindakan polis dan SPRM.
Baginda berkata FAM juga akan turut memantau pembayaran gaji bulanan oleh setiap persatuan negeri ataupun kelab kepada pemain dilakukan pada masa yang tepat.
“Minggu pertama, kalau belum bayar, akan dikenakan kad kuning sebagai amaran dan kalau tak bayar bulan kedua, kita akan keluarkan surat amaran.
“Kalau (persatuan negeri atau kelab) masih tidak menjelaskan bayaran kepada pemain pada bulan ketiga, kita akan keluarkan kad merah iaitu pasukan tersebut mungkin digugurkan daripada liga berkenaan,” katanya. – Bernama

No comments:
Post a Comment
Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.