Saturday 11 February 2012

Sesat: Pemuda PAS pula mahu saman Ahmad Said

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Isnin ini akan menyerahkan notis meminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya bahawa PAS "parti ajaran sesat".

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan itu sangat biadab dan menghina kira-kira 1 juta ahli PAS.

 "Pemuda PAS sangat kesal dengan kenyataan melampau dan menghina orang Islam dari seorang menteri besar.


"Datuk Ahmad Said perlu meminta maaf kepada ahli dan pemimpin PAS khasnya dan orang awam amnya," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan DPPM dekat sini, hari ini.

Nasrudin berkata, DPPM memberi tempoh seminggu untuk Ahmad berbuat demikian dan jika gagal, DPPM akan mengambil tindakan undang-undang.

"Pemuda beri tempoh seminggu dan jika tak minta maaf dan tarik balik kenyataan itu, kita akan faikan saman kerana perkara ini satu penghinaan.

"Kalau dia kata PAS parti ajaran sesat, bermakna dia samakan dengan ajaran Ayah Pin dan lain-lain.

"Ini sangat menghina tokoh-tokoh agama dan golongan profesional yang bersama PAS," katanya.

Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan PAS sebagai "parti ajaran sesat".

Sementara itu, bercakap pada sidang sama, Nasrudin memberitahu DPPM akan membuat pendedahan ekslusif juga pada Isnin ini berhubung penyalahgunaan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Sebelum ini beberapa siri pendedahan telah dibuat termasuk penyalahgunaan wang Yayasan Takwa untuk program politik di Parlimen Jerai.

Turut bersama pada sidang media ialah Naib Ketuanya Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Raja Iskandar Al-Hiss serta setiausaha, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Via:HarakahDaily

No comments:

Post a Comment

Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive