Thursday, 2 February 2012

Pemuda P Pinang sedia anjur debat negara bankrap

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pemuda Penang) bersedia menjadi penganjur 'Debat Perdana' di antara Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop berkaitan tajuk 'Malaysia Bankrap Jika Hapus Tol Lebuhraya'.

Ketua Angkatan Muda Parti KeAdiLan (PKR), Amir Ghazali, Pemuda DAP (DAPSY), Ng Wei Aik dan Dewan Pemuda PAS yang diwakili oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua
, Fahmi Abdul Wahab senada mempertahankan kutipan tol di saat rakyat menderita dengan kos hidup yang semakin membelit adalah tindakan yang tidak sewajarnya.

Debat Perdana itu amat penting untuk rakyat menilai dan menganalisis sendiri hujjah kedua-dua pihak agar apa yang hendak dilaksanakan tidak menjadi beban kepada rakyat yang telah lama menderita.

"Hari ini kami mengatakan kesediaan untuk menjadi penganjur kepada Debat Perdana antara Lim Guan Eng dan Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengenai pemansuhan tol lebuhraya Malaysia," jelasnya dalam kenyataan bersama itu.

Menurut kenyataan lima perenggan itu projek lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mengaut keuntungan sebanyak RM308 peratus bersamaan dengan keuntungan RM18 bilion bersih selepas ditolak kos asal projek sebanyak RM5 bilion.

Usaha itu jelas sekali terus memperkayakan PLUS sehingga konsesi tamat pada tahun 2038.

Pemuda Penang mencadangkan Debat Perdana itu diadakan di Dewan Besar Sungai Dua iaitu di Parlimen Tasek Gelugor pada 29 Februari 2012 di mana mengikut format tiga pusingan iaitu 10 minit setiap pusingan serta pengulungan.

Kepentingan Debat Perdana itu juga bertujuan mendedahkan kebenaran Pakatan Rakyat tetap dengan agenda membela nasib rakyat hatta di lubuk Barisan Nasinal (BN).

"Kami memberi tempuh tujuh hari kepada ke dua-dua pihak untuk mereka memberi maklum balas kehadiran serta 14 hari lagi untuk mereka mengumpul hujah yang meyakinkan sebelum kedua-duanya tampil ke gelanggang debat," tegas kenyataan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive