Wednesday 15 February 2012

Sokong Israel:Umno cabar PAS keluar Pakatan.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini berkata adalah lebih baik PAS keluar daripada Pakatan Rakyat daripada meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal.

 "Nak minta Anwar supaya tarik (balik kenyataan) ... buat apa lagi? Tariklah PAS keluar (daripada pakatan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalinan Mesra KEMAS Parlimen Subang di Kampung Paya Jaras Hilir di Sungai Buluh.



Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang meminta Anwar menarik balik kenyataannya itu dan menyaman The Wall Street Journal sekiranya kenyataan itu telah diputar belit oleh media berkenaan.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata PAS perlu sedar rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang bukan hendak memperjuangkan agama Islam tetapi hanya memberi keutamaan kepada hal politik dan duniawi, katanya.

Beliau berkata isu penindasan Israel bukan hanya melibatkan orang Islam semata-mata tetapi juga penganut agama lain seperti Kristian, yang juga kehilangan tanah, harta benda dan orang yang mereka sayangi.

Mohd Shafie berkata Barisan Nasional konsisten dengan pendiriannya menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Israel.

MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment

Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive