NGO mesra PKR, Jingga 13 telah menyerahkan beberapa urusan e-mel kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai "bukti" bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.
Pertukaran e-mel itu dimuat-naikkan pada laman blog Frockwriter oleh wartawan fesyen Australia,
Patty Huntington yang mendedahkan butiran tentang apa yang berlaku antara Huntington, pereka Carl Kapp dan ‘publicist’ beliau Holly Beer.
Rosmah dibidas kerana didakwa telah membelanjakan RM323,000 bagi membeli 61 helai pakaian daripada butik eksklusif Kapp semasa percutiannya Disember lalu di Australia.
Ketua Jingga 13 Fariz Musa berkata pertukaran dua e-mel antara Huntington dan Beer menceritakan bilangan pakaian yang dibeli dan nilainya.
"Kami telah bekalkan bukti tambahan ini untuk menunjukkan bahawa apa yang dinafikan (dakwaan pembelian) oleh Rosmah dan (Pengerusi Festival Fesyen Islam) Raja Rezza Shah bercanggah dengan kenyataan Kapp dan laporan daripada Huntington," kata Fariz.
Pada 26 Januari lalu, kumpulan itu membuat laporan kepada SPRM berhubung kolum yang ditulis oleh Andrew Hornery mengenai Rosmah yang disiarkan di akhbar Sydney Morning Herald.
"Oleh kerana kita telah bekalkan bukti tambahan, kita gesa SPRM memandang serius isu ini dan menjalankan siasatan tanpa prejuds," kata Fariz.
Menurut beliau, SPRM juga perlu merakamkan kenyataan dari Hornery, Huntington, Kapp dan Little Hero.
Via:MalaysiaKini

No comments:
Post a Comment
Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.