Saturday, 10 March 2012

Memalukan!! MB Pahang Maki Dan Halau Wartawan Akhbar Berbahasa Cina

 Memalukan!! MB Pahang Maki Dan Halau Wartawan Akhbar Berbahasa Cina
Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) agaknya. Jika dulu di awal tampuk kuasanya sebagai MB, beliau pernah menunjukkan isyarat lucah di Hari Pencalonan Pilihanraya Kecil DUN Sanggang, Temerloh. Isu itu hangat diperkatakan, hingga beliau digelar MB Samseng, Adnan Samseng, MB Lucah dan banyak lagi.

Kemudian, beberapa tahun yang lalu beliau sekali lagi mengamuk. Kali ini kepada wartawan media arus perdana ketika beliau berucap di Sidang DUN Pahang.


Selepas lebih 10 tahun berlalu, Adnan dilihat sudah kembali "normal" dan gelaran samseng, lucah dan sebagainya mula hilang begitu saja. Namun, entah apa kenapa tiba-tiba kita dikejutkan dengan tindakan MB Pahang itu memakin hamun dan menghalau wartawan akhbar berbahasa Cina dari membuat liputan programmnya.


Kejadian berlaku di sebuah hotel terkenal di sini pagi tadi. Beliau ketika itu hadir ke acara pembukaan Pesta Buku di hotel terbabit. Ketika melihat wartawan berkenaan, Adnan tiba-tiba menjerit dan menghalau wartawan-wartawan terbabit supaya keluar dari hotel itu.


Tidak cukup dengan itu, Adnan juga menggelarkan mereka sebagai "Wartawan Bodoh (Stupid)", sambil disaksikan oleh orang ramai yang berada di situ. Semua panik melihat gelagat Adnan, namun masing-masing tidak mampu berbuat apa-apa dan sekadar tergamam melihat aksi MB Pahang itu.


Sebelum ini kami pernah melaporkan semua wartawan akhbar berbahasa Cina dihalang masuk ke satu forum pro-Lynas yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang di RTM Pahang Januari lalu.


Kini, kejadian yang sama berlaku dan lebih memalukan ia melibatkan MB Pahang sendiri. Soalnya sekarang, wajarkah seorang Menteri Besar berperangai seperti itu?. Mengamuk dan menghalau wartawan adalah satu tindakan yang tidak wajar sebenarnya.


Namun, mungkin Adnan punyai sebab tertentu untuk berbuat demikian kerana beliau tahu bahawa akhbar berbahasa Cina telah membuat liputan meluas terhadap projek kilang memproses rare earth Lynas Corporation yang kini dibantah rakyat.


No comments:

Post a Comment

Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...