Konspirasi dalam Umno
Tekaan untuk tarikh pilihan raya kembali lagi dan sekarang ianya mengatakan bahawa 26 Mei, yang jatuh pada hari Sabtu sebagai tarikh keramat itu. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mengadakan pilihanraya lebih awal daripada itu walaupun penasihatnya cuba berselindung dengan mengadakan cerita bahawa 'pilihan raya semakin hampir’ kepada pihak media, ini berkemungkinan hanya diadakan untuk mengelirukan kita.
"Terus terang saya cakap, saya tidak fikir Najib sendiri tahu bila PRU ke-13 akan diadakan.
Sehingga dia menyiapkan pelan penggantian dengan Mahathir, dia tidak akan berani untuk mengadakan pemilihan parti," kata pemerhati Umno .
Mereka yang ditemuramah Malaysia Chronicle juga menegaskan 26 Mei juga merupakan hari Sabtu terakhir bulan tersebut, ini menjadikan itulah tarikh yang akan dipilih.
Namun, ramai yang yakin bahawa ini adalah teka teki terbaru dari Najib - untuk memberi kejutan setelah hampir semua memikirkan bahawa dia terlalu takut untuk berhadapan dengan pilihanraya apabila mandatnya tamat tahun depan.
Mesyuarat untuk mengatasi ‘kejutan’ Najib
Pemerhati politik memberitahu baru-baru ini bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah berjumpa dengan beberapa veteran Umno, termasuk mufti Perak, Harussani Zakaria untuk berbincang tentang hak-hak Melayu yang juga menunjukkan bahawa Mahathir juga telah menghidu perubahan pada rancangan Najib dan mahu merencana taktik yang baru pula.
Adalah dipercayai bahawa mesyuarat Mahathir-Perkasa memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan perpecahan antara Melayu dan bukan Melayu dan untuk terus memburukkan imej orang Kristian, bagi meraih sokongan orang Melayu kepada sayap kanan Umno. Sebuah plot yang sama dengan kejadian rusuhan kaum13 Mei 1969 juga dipercayai untuk menjadi kecemasan mereka.
"Anda mesti ingat bahawa PRU ke-13 akan diperhatikan oleh ahli UMNO serta pembangkang. Kepada panglima-panglima Umno, ia mambawa banyak erti. Apabila ia diumumkan, ini bermakna semua broker kuasa akan mengadakan perjanjian untuk berkongsi kekayaan negara. Sudah semestinya, BN mungkin gagal dalam PRU ke-13, tetapi ini adalah apa yang selalu berlaku pada pilihan raya. Rundingan untuk kepentingan mereka sendiri sentiasa diutamakan. Pertikaian utama akan menjadi ‘siapa yang dapat apa’, "kata pemerhati Umno.
Menurutnya, Mahathir yang berusia 86 tahun bimbang jika Najib mula menentangnya kerana ini bermakna Mukhriz tidak akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri buat masa ini.
Mempertaruhkan populariti sendiri tanpa mempedulikan Umno, MCA dan Gerakan
Walaupun takut akan pengaruh Mahathir, Najib bertaruh pada populariti peribadinya untuk mendapatkan undi. Daripada usahanya mendalangi kejatuhan NFC RM250mil, dia kelihatan bersedia untuk memburuk-buruk dan memusnahkan Umno supaya kekal sebagai Perdana Menteri. Harapan itu tidak mustahil memandangkan bahawa UMNO telah Berjaya mendapat nama buruk seperti MCA, Gerakan dan MIC. Laungan ‘Asalkan bukan Umno’ telah menjadi sorakan sebahagian besar rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu.
Jika Najib mampu menang atas kekuatan sendiri, ini bermakna dia tidak perlu membuang sepupunya Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri yang secara automatik akan mengambil alih jawatan timbalan perdana menteri dari Muhyiddin Yassin. Terdapat tekanan dari kem Mahathir supaya Najib mengorbankan Hisham supaya Mukhriz boleh dimasukkan ke dalam slot TPM dengan lebih cepat.
Khabar angin dari UMNO juga riuh dengan spekulasi mengapa Najib tidak mengumumkannya dalam perhimpunan agung Umno dan pemilihan parti akan diadakan pada akhir tahun ini. Dia sudah pun mengumumkan mesyuarat tahunan bagi semua cawangan Umno akan diadakan di antara 1 April ke 15 Jun, manakala pemilihan bahagian akan diadakan dari 1 Julai hingga 15 September. Sambutan tahunan bagi pembentukan Umno akan diadakan pada 11 Mei 2012.
Tetapi dua tarikh utama yang tidak diumumkan Najib ialah pemilihan parti dan perhimpunan agung Umno. Ini memberi petanda bahawa kerja dalaman sedang dijalankan.
Calon boleh menang untuk kawal bahagian dan cawangan menjelang pemilihan Umno
Walau bagaimanapun, mengikut masa yang diumumkan, ia amat sukar bagi Najib untuk mengadakan PRU ke-13 pada Mei atau Jun. Walaupun begitu, jika PRU ke-13 diadakan pada bulan November atau tahun depan, Najib akan membubarkan Parlimen pada pertengahan tahun. Ini bermakna pelbagai cawangan dan mesyuarat bahagian akan bermula seperti yang diumumkan, tetapi tidak semua akan dapat berbincang.
Dipertengahan jalan, Najib dijangka mengumumkan calon-calon boleh menang BN untuk PRU ke-13, di mana selepas itu, hanya akan tinggal sedikit masa untuk panglima UMNO untuk bertindak. Ya atau tidak, mereka terpaksa juga menerimanya. Umno terpaksa melakonkan perpaduan dalam parti jika ingin mengalahkan ketua pembangkang parti Pakatan Rakyat iaitu Anwar.
Apabila PRU ke-13 selesai, calon pilihan Najib yang menang kerusi masing-masing akan mengambil alih bahagian Umno itu dan mengadakan mesyuarat cawangan untuk menggantikan pemegang jawatan tertinggi dengan penyokong kuat sendiri dan bersedia untuk pemilihan parti di mana mereka akan dijangka untuk mengundi bagi Najib dan beroleh majoriti besar. Dengan cara ini, Najib akhirnya boleh menjadi Presiden Umno yang kuat, tanpa perlu tunduk kepada Mahathir. Dengan orang-orangnya ditempat yang strategik, Najib akan berupaya mengisi ahli majlis tertinggi parti dengan para penyokongnya.
Mahathir tidak akan duduk diam
Sudah tentu, Umno-BN tidak boleh menang pada PRU ke-13, di mana dia akan menjadi Presiden Umno dan Ketua Pembangkang dan bukannya Presiden Umno dan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, dia seolah-olah yakin mampu mengalahkan saingan utamanya, Anwar ibrahim.
Selain itu, sama ada rancangannya berjalan lancar bergantung kepada apa tindakan yang akan dilakukan oleh Mahathir untuk mengatasi rancangan 'rampasan kuasa' Najib. Pada usia 86 tahun, Mahathir masih lagi seorang ahli politik yang disegani dan masih mampu memberi kejutan.
Pada masa ini, Najib nampak seperti 100% di belakang Mahathr. Tetapi, mereka tahu sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku.
Pemerhati memberi amaran bahawa Najib, pada bila-bila boleh menarik balik sokongannya kepada Mahathir untuk menghadapi pendakwaan ke atas bekas PM ynag telah menyalahgunakan kuasa dan rasuah dengan membantu kroni dan keluarganya untuk mengumpul kekayaan yang besar.
Namun Mahathir seringkali dikatakan mempunyai cengkaman tersendiri ke atas pemimpin BN yang lain, termasuk Najib yang sering terlibat dalam skandal.
"Najib cuba untuk menunjukkan bahawa dia dan Mahathir sangat rapat. Dia cuba untuk memberi isyarat kepada orang yang melindungi Mahathir dari skandal-skandal yang lalu seperti MAS dan kejatuhan Tajudin Ramli, Air Asia dan Proton," kata pemerhati UMNO.
“Tetapi itu hanya pada zahirnya sahaja. Hakikatnya, kita tidak nampak Najib mempunyai keberanian yang cukup untuk memberanikan diri dihadapan Mahathir atau inikan pula mengatasinya. Mahathir juga bukanlah seorang yang akan berdiam diri. Ada kemungkinan Najib tidak akan berani untuk memisahkan diri dari Mahathir dan pengaruhnya. "
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.