" Tan sri Mahyuddin Yasin timbalan perdana 1 Malaysia tahu PAS tak mungkin boleh meroboh kubu kuat umno Johor.
Atas sebab itulah Mahyuddin Yassin ketika bercakap di Bakri Muar Johor dengan nada sinis menjemput PAS ke negari kubu kuat umno untuk meroboh benting yang kuat kukuh itu.
Sehubungan dengan itu beliau meminta rakyat johor jangan undi PAS dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.Apa tah lagi parti keadilan yang tidak pernah ada satu kerusi pun di negari itu.
PAS walapun pernah menang dua kerusi DUN jika naik seratus peratus pun hanya boleh menang empat kerusi saja yang membimbangkan menteri besar Datuk Seri Ghani Osman dalam satu kenyataan tidak lama dulu.
Demikian juga DAP yang pernah menang dalam musim PRU 12 sebanyak empat kerusi. Jika ditakdirkan naik seratus peratus pun mungkin akan bertambah sebanyak 8 kerusi lagi.
Bagaimana pula akan jadi pada parti keadilan rakyat yang tak pernah ada satu kerusi pun itu. Jika naik seratus apakah ada jaminan dapat satu kerusi?
Atas sebab itu jugalah Mahyuddin Yasin tidak bimbang dengan perkembangan politik pembangkang mutakhir ini,miski pun menurut laporan menteri Besar sangat khuatir degan perkembangan politik di negeri itu mutakhir ini.
UMNO johor takut untuk mecabar pembangkang,Tetapi Mahyuddin Yasin kelihatan begitu berani mencabar PAS datanglah ke Johor setelah ada laporan Naib presiden PAS Sallehuddin Ayob dikatakan akan pulang ke negeri asalnya musim PRU 13 ini.
Dia tahu orang melayu Johor tak akan undi parti lain selain daripada Umno miskipun kes air di Batu Pahat dan Muar masih tetap macam dulu dulu.
Pendek kata kes air di negeri kubu kuat umno/BN sehingga hari ini belum ada jalan penyelesaiannya sejak 50 tahun umno memerintah negeri itu.
Perdana menteri 1 Malaysia ketika di Jeli meminta rakyat Kelantan tukar kerajaan Kelantan yang diterajui PAS dan berkata, undilah umno/BN dalam musim PRU 13 ini kalau mahu menyelesaikan kes yang menjadi permasalahan rakyat negeri itu.
Katanya lagi konon, Jika UMNO memerintah Kelantan kes bekalan air yang kritikal selama ini dapat diselesaikan tanpa merujuk kes bekalan air di Johor yang tak pernah selesai miskipun di perintah begitu lama oleh Umno/BN.
Perdana Menteri 1 malaysia tak sedar masih banyak kes yang belum dan tak dapat menyelsaikan sehingga hari setelah diberi amanah memerintah negera ini."
No comments:
Post a Comment
Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.