Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar melihat percubaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) untuk menakut-nakutkan kaum Cina terhadap PAS sebagai usaha terdesak yang sangat kelakar.
"Dr Chua nampak benar sudah hilang akal untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina terhadap partinya sehingga tidak teragak-agak membuat dakwaan yang meletakkan beliau sebagai badut dan pak lawak politik.
"Dr Chua nampak benar sudah hilang akal untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina terhadap partinya sehingga tidak teragak-agak membuat dakwaan yang meletakkan beliau sebagai badut dan pak lawak politik.
"Beliau membutakan matanya kepada hakikat yang terbukti dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini yang menunjukkan orang-orang Cina begitu takutkan Umno dan enggan memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kerana takut kepada Umno yang sudah tidak ada ubat lagi dirasuk perkauman," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Dalam temubual Malaysian Insider dengannya yang disiarkan semalam, pemimpin MCA yang pernah menggemparkan negara dengan video lucah itu mendakwa, sokongan kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.
No comments:
Post a Comment
Peringatan: Topengmaya tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.