Tuesday, 31 January 2012

Hasan Ali Tubuh JATI Teruskan Perjuangan

Bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan ‘JATI’ untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.


“Secara peribadi orang tanya saya nak sertai UMNO atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)…saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya JATI,” katanya di sini.

Hubungan Dr M Dengan Amerika?

PKR menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa memutarbelitkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Israel-Palestin tetapi melupakan "hubungan akrabnya" dengan Amerika Syarikat suatu ketika dahulu.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah) berkata, Dr Mahathir mungkin kelihatan lantang menentang Zionis dan Barat tetapi dia didakwa mempunyai hubungan baik dengan mereka hingga menandatangani perjanjian ketenteraan dengan Amerika sebelum ini.

NONE"Nampaknya Dr Mahathir terus menyimpan dendam lamanya terhadap Anwar. Beliau dan pimpinan Umno nampaknya tidak dapat berhenti menghamburi fitnah semata-mata untuk mengalihkan dari satu demi satu skandal yang membelenggu mereka," katanya.

Nik Nazmi merujuk kepada Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) yang membolehkan Amerika Syarikat menjalankan latihan ketenteraan di Malaysia pada tahun 1984.

Dr Mahathir semalam berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Anwar yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.
Dalam kenyataannya hari ini, Nik Nazmi berkata, Dr Mahathir juga membayar pelobi Zionis Jack Abramoff untuk mengatur pertemuannya dengan presiden Amerika Syarikat ketika itu George W Bush.

"Selepas itu, Bush menganggap Malaysia sebagai sekutu di dalam perang melawan keganasan.

"Dan Malaysia menggunakan alasan tersebut untuk menangkap sesiapa sahaja yang dikehendaki termasuk anggota pembangkang yang dituduh sebagai pengganas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri," katanya.

Menyentuh kenyataan Anwar kepada akhbar antarabangsa Wall Street Journal, Nik Nazmi mempertahankan kenyataannya bosnya itu selari dengan penyelesaian dua negara yang diterima dunia Arab, Malaysia malah pejuang Palestin Hamas sendiri.

Via:MalaysiaKini

Media Umno Kaki Putar Belit

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang memutar belit kenyataannya semata-mata mahu memfitnah, kononnya Ketua Pembangkang itu mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.


Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Bukti Premis Judi Milik BN!!

Alhamdullilah. Thank You Allah swt. Akhirnya Allah swt tunjukkan kebenaran kepada kami meskipun ia memakan masa. Akhirnya Allah swt memakbulkan permintaan kami meskipun selama neh kami teruk diherdik bertubi-tubi. Siapalah kami tanpa Allah swt. Apalah erti kesabaran kami kalau bukan kerana Allah swt nak memberikan hikmah. Kali neh terbukti di depan mata. Tepat, sahih, dan benar. Saksilah kebenaran nya di depan mata. Kenapa PREMIS judi WUJUD di kelantan. 

Ingat kenyataan ini TIDAK keluar dari MULUT ;

1. Tuan guru nik aziz

2. Tuan guru hadi awang

3. Semua KETUA dewan tertinggi PAS

Ia keluar dari MULUT orang yang UMNO paling SAYANG iaitu MCA.

LESEN JUDI di kelantan dikeluarkan, diberikan, disahkan oleh ;

KERAJAAN PUSAT YANG BERNAMA BARISAN NASIONAL

YANG DIKETUAI OLEH UMNO

YANG MENGAKUI MEREKA ISLAM

YANG MENGHINA PAS SEBAGAI SESAT

Inilah orang yang mengherdik saudara se-agamanya sendiri ble PAS mementingkan islam

Inilah orang yang menikam saudara se-agamanya sendiri ble PAS mementingkan akidah umat islam

Inilah orang yang mengagalkan setiap rancangan dakwah PAS ble PAS berdakwah kerana Allah swt...

Inilah dia.. 

Dan inikah yang anda sokong? Anda undi anda dapat. Allah swt tanya, anda jawab!



Sumber gambar dari tuan guru nik aziz.



Via:AmenoWorld

Polis mesti siasat dakwaan Shamsubahrin

Polis bertanggungjawab menjelaskan adakah siasatan dibuat terhadap dakwaan bahawa pengerusi eksekutif Fidlot Nasional Corp (NFCorp) Datuk Mohamed Salleh Ismail cuba merasuah pihaknya, kata Datuk Mahfuz Omar.

(Shamsubahrin semasa dibawa ke mahkamah untuk didakwa)

Semalam, ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu Salleh, mendakwa bahawa suami Ketua Wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

NFC enggan terima memo NGO

Usaha sebuah NGO menghantar memorandum kepada National Feedlot Corporation berhubung dakwaan perbelanjaan kad kredit RM600,000 yang didakwa menggunakan wang daripada dana kerajaan hanya sampai di muka pintu.

Rombongan kira-kira 10 aktivis JINGGA 13 pulang hampa apabila kehadiran mereka di Kuala Lumpur gagal mencapai matlamat apabila pegawai syarikat itu enggan menerima memorandum itu.

Kepala babi: PAS desak polis siasat terperinci

PAS mendesak pihak polis mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan terperinci berhubung penemuan kepala babi di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18, Rawang, awal pagi ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tindakan tersebut diyakini dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan sentimen agama bagi mencetuskan provokasi di kalangan rakyat negara ini.

Menurutnya, tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku di negara ini kerana ia jelas boleh mengancam ketenteraman awam jika tidak ditangani dengan betul.

BN kunci kejayaan kaum Cina?

Nikmat keamanan dan kestabilan negara di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kunci utama kejayaan masyarakat Cina meraih kekayaan di negara ini.


Sehubungan itu, Pengerusi Penganut Dewa Teoh Kong Seng, Roger Hia Lim Koaa berkata, mereka harus menghargai segala nikmat kemakmuran yang dikecapi di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Monday, 30 January 2012

Pembangkang fitnah BN tidak bantu rakyat ??

 Bantu rakyat ke ataupun nak umpan rakyat wahai BN=Barang Naik!!

Rakyat diingatkan agar tidak terjerat dengan tuduhan-tuduhan pakatan pembangkang, kononnya Barisan Nasional (BN) tidak pernah melakukan apa-apa untuk membantu meninggikan taraf hidup masyarakat semua kaum di negara ini.

 
Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, ingatan itu diberikan ekoran tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas ketika ini cuba mengelirukan rakyat dengan melemparkan tohmahan dan serangan terhadap program serta skim-skim bantuan kerajaan.

Iktiraf 2 aktiviti Cina untuk tutup skandal BN

Kerajaan BN telah mengambil jalan pintas dengan mengiktiraf dua aktiviti baru budaya kaum Cina bagi melupakan rakyat terhadap skandal-skandal besar yang berlaku dalam negara.

Dua aktiviti budaya baru yang diiktiraf itu melibatkan perarakan bendera besar dari Pulau Pinang dan perarakan satu tokong Cina terbesar di Johor sekitar 6 Februari ini. 

Friday, 27 January 2012

Najib Tak Tahu Menahu Tentang Video Seks Baru






Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai satu video baru yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya dalam sidang media lewat malam ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, Najib juga berkata perkara itu sepatutnya ditanya kepada Datuk T yang membuat dakwaan itu.

"Saya tak tahu, kena tanya dialah, jangan tanya saya," katanya.

Ditanya sekiranya beliau telah menonton video tersebut, Najib juga berkata beliau tidak tahu.

Hasan Ali Memperalatkan Nasharuddin Mat Isa

Dimaklumkan terdapat beberapa poster ceramah yang melibatkan individu-individu yang tersingkir dari PAS tersebar di sekitar Bandar Baru Bangi. Poster ceramah "Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama Dr. Hassan Ali" itu turut memaparkan wajah bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin walaupun tidak dinyatakan beliau sebagai salah seorang penceramah. Menurut beberapa media memaklumkan Ustaz Nasharuddin telahpun membuat laporan polis terhadap poster penipuan dan fitnah terhadap beliau.

Dituduh sokong homoseksual, apa kata Anwar?

BERITA ini tentu sekali tidak akan disiarkan di media-media propaganda seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3. Baru-baru ini media arus perdana memutar belitkan wawancara Anwar bersama BBC.

Media arus perdana memutar belitkan cerita kononnya dalam wawancara itu Anwar menyokong homoseksual. Mufti Perak dan Ulama muda Umno, Fathul Bari dibawa khas ke TV3 untuk membantai Anwar dalam rancangan Soal Jawab, terbitan TV3.

Lihat sendiri kenyataan Anwar seperti yang dilaporkan dalam Keadilandaily. Anwar dengan tegas menolak sebarang undang-undang yang menyokong seks bebas termasuk homoseksual. Berikut printscreen yang dipetik daripada portal berita berkenaan.




Kalau nak buat propaganda pun, janganlah terdesak sangat sampai nak tuduh orang sokong homoseksual bagai. Tak masuk akal beb, kambing pun geleng kepala tengok media gila terdesak nak aibkan Anwar sampai macam ni sekali.

Via:MiloSuam

Rosmah jejas persiapan PRU-13 Najib?

Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaan mewah Rosmah semasa di Sydney, Australia didedah akhbar negara itu.

Meskipun sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang giat dalam program turun padangnya ke negeri-negeri bagi mempersiapkan jentera pilihan raya, namun pendedahan Sydney Morning Herald menjejaskan imej Najib.

ABU milik rakyat Malaysia

Seminggu ini ABU atau Asalkan Bukan Umno telah menjadi perhatian. Bermula dengan insiden serangan bersifat perkauman terhadap Ceramah ABU di Dewan MBSA, Seksyen 30, Kg Jalan Kebun, Shah Alam sehinggalah kenyataan terbuka oleh S.Jayathas yang selepas itu diketahui bertindak atas arahan P. Utayakumar yang merupakan pimpinan Hindraf yang telah menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Hak Asasi Manusia Malaysia.

Thursday, 26 January 2012

'Budak Suruhan Kaki Buat Taik'







Timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad berkata bekas ketuanya, Datuk Dr Hasan Ali hanya akan menjadi "budak suruhan" dalam Umno apabila berjinak-jinak dalam kem "kuasa ketiga" – kumpulan yang dikatakan akan meraih sokongan pengundi penentu dalam pilihan raya akan datang.

Kalau berani Najib perlu isytiharkan harta dan buktikan apa yang dikatakan





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mendahului menteri kabinet lain bagi mengisytihar harta beliau ekoran perbelanjaan mewah yang ditunjukkan isterinya, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng.

Jui Meng diminta mengulas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mewajibkan menteri kabinet dan ahli keluarga mereka mengisytiharkan harta kepada badan itu.

NGO kutuk perbuatan palsukan surat jemputan HIMPUN



NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) mengutuk sekerasnya perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan kepala surat exco agama Islam Pulau Pinang yang didakwa diedarkan untuk menjemput  jemaah masjid di negeri itu menghadiri HIMPUN di Kepala Batas esok.

Trio Datuk T Gila Video S&%





Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.


Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.

Chua Soi Lek sudah hilang akal??






Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar melihat percubaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) untuk menakut-nakutkan kaum Cina terhadap PAS sebagai usaha terdesak yang sangat kelakar.

"Dr Chua nampak benar sudah hilang akal untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina terhadap partinya sehingga tidak teragak-agak membuat dakwaan yang meletakkan beliau sebagai badut dan pak lawak politik.

KEUTAMAAN HARI JUM’AT

Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya:

Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.

Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.

Ketiga. Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.

Soi Lek Dibidas DHPP

Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ternyata tidak berasas dan menyimpang jauh dengan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat, terutama membabitkan kaum Cina di negara ini.

Sebaliknya, sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) ternyata semakin merosot berbanding sokongan yang diberikan oleh mereka terhadap Pakatan Rakyat yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee (gambar) menegaskan, bagi PAS sendiri lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP, sokongan kaum Cina terhadap PAS ternyata semakin kuat.

Menurutnya, perkembangan tersebut berlaku ekoran orang-orang Cina di negara ini ternyata semakin faham dengan perjuangan PAS untuk menegakkan Islam yang pasti akan memberikan keadilan kepada semua penduduk di negara ini dan ketelusan.

Laporan Utusan Malaysia Tidak Benar

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan ianya sebagai tidak benar dan tersasar.

Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam kenyataannya hari ini berkata, "Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...