Saturday, 10 March 2012

Apple lancar iPad generasi ketiga


SAN FRANCISCO- Apple melancarkan iPad generasi ketiga pagi tadi dengan ciri-ciri lebih canggih bagi mengekalkan kedudukannya sebagai kuasa besar dalam pasaran komputer tablet dunia.

iPad baru itu didatangkan dengan perisian lebih berkuasa, paparan resolusi tinggi setaraf iPhone 4S dan kemampuan untuk disambungkan kepada rangkaian telekomunikasi 4G LTE yang dapat menggerakkan data lebih pantas berbanding iPad sebelum ini.

Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, jualan iPad mengatasi pengeluar komputer peribadi pada tiga bulan terakhir tahun lalu.

- AFP

Lima lelaki dirotan kerana berjudi


LANGSA, Indonesia - Lima lelaki Aceh yang didapati bersalah berjudi dirotan di khalayak ramai di sini semalam.
Mereka dirotan di wilayah Aceh yang melaksanakan undang-undang Islam.
Mereka dirotan enam kali pada setiap Jumaat di hadapan beratus-ratus orang di sebuah padang di bandar ini, Aceh Timur.

Indonesia yang merupakan negara Islam dengan 240 juta penduduk mengamalkan dasar sekular tetapi membenarkan Aceh melaksanakan undang-undang syariah.

Ketua bahagian jenayah di pejabat pendakwa raya Aceh, Putra Masduri berkata, kelima-lima lelaki tersebut adalah antara 20 orang yang didapati bersalah melanggar undang-undang syariah pada Januari lalu.

Lima lelaki itu dirotan sebanyak enam kali.

Mereka dirotan di sebuah padang dan disaksikan ratusan orang yang menyorak semasa hukuman tersebut dilaksanakan.

Sebahagian daripada mereka menjerit dan mempersoalkan kenapa pesalah tersebut hanya dirotan sebanyak enam kali.

- Agensi

Konspirasi dalam Umno: Najib rancang 26 Mei untuk merdeka dari Dr M .


Konspirasi dalam Umno

Tekaan untuk tarikh pilihan raya kembali lagi dan sekarang ianya mengatakan bahawa 26 Mei, yang jatuh pada hari Sabtu sebagai tarikh keramat itu. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mengadakan pilihanraya lebih awal daripada itu walaupun penasihatnya cuba berselindung dengan mengadakan cerita bahawa 'pilihan raya semakin hampir’ kepada pihak media, ini berkemungkinan hanya diadakan untuk mengelirukan kita.

"Terus terang saya cakap, saya tidak fikir Najib sendiri tahu bila PRU ke-13 akan diadakan.

Rafizi minta PM kemuka bukti biayai anak bertunang??

Sambil menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau memohon maaf, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebaliknya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab lapan perkara dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak perempuannya tidak dibayar oleh rakyat.

- Pertama, Najib perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...