Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Sunday, 11 March 2012

Anwar di Pulau Pinang 'diboikot'

 Program Anwar di Pulau Pinang 'diboikot'?

Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang akhir-akhir ini secara relatifnya gagal menarik kehadiran ramai peserta seperti selalu.

Dalam acara terkini di Little India pada 8 Mac lalu, kurang daripada 300 hadir sehingga pemimpin Pakatan Rakyat

Menteri Besar Pahang Biadab

Wartawan kecam 'kebiadaban' MB Pahang.

 Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini mengutuk keras kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana menggelar petugas media sebagai "bodoh" ekoran laporan tentang isu Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).


 Presiden NUJ Chin Sung Chew berkata, pihaknya amat terkejut dengan reaksi Adnan itu kerana sebagai menteri besar dan ahli politik, beliau patut memahami bahawa wartawan hanya menjalankan tugas.


"Tindakan menteri besar Pahang itu menghina maruah wartawan.

"Kami tidak sekali-kali bersetuju kerana ia biadap dan turut mencampuri kebebasan media," katanya.

Adnan semalam naik angin terhadap wartawan akhbar Cina dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.

Menurut laporan akhbar Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar dan mencabar aksi itu disiarkan. Tiga wartawan akhirnya meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi.

Dalam kenyataannyu hari ini, NUJ juga menuntut Adnan meminta maaf dalam masa 24 jam atau mereka tidak mempunyai pilihan kecuali membuat aduan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

MalaysiaKini


Saturday, 10 March 2012

Memalukan!! MB Pahang Maki Dan Halau Wartawan Akhbar Berbahasa Cina

 Memalukan!! MB Pahang Maki Dan Halau Wartawan Akhbar Berbahasa Cina
Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) agaknya. Jika dulu di awal tampuk kuasanya sebagai MB, beliau pernah menunjukkan isyarat lucah di Hari Pencalonan Pilihanraya Kecil DUN Sanggang, Temerloh. Isu itu hangat diperkatakan, hingga beliau digelar MB Samseng, Adnan Samseng, MB Lucah dan banyak lagi.

Rafizi minta PM kemuka bukti biayai anak bertunang??

Sambil menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau memohon maaf, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebaliknya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab lapan perkara dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak perempuannya tidak dibayar oleh rakyat.

- Pertama, Najib perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;

Friday, 9 March 2012

PKR dakwa PMO biaya majlis bertunang anak PM


PKR hari ini mendedahkan bukti yang mendakwa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

 Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri Malaysia.
Jumlah itu mungkin hanya RM409,767 namun ia menunjukkan sikap kerajaan yang didakwa "menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi," kata Rafizi.

Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.

Bernama melaporkan pada tahun lalu bahawa pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev itu dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada malam tersebut.

Bekas polis kanan gesa siasat semula kes pembunuhan Altantuya

Bekas pengarah jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan ke atas kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu kerana khuatir terdapat "banyak perkara yang tidak kena" dalam kes tersebut.

Malah, polis juga berkuasa untuk menjalankan siasatan berasingan dalam kes tersebut tanpa perlu menerima arahan mahupun menyerahkannya


Wednesday, 15 February 2012

Gambar Anwar Ibrahim Pakai Nandek Disebarkan Pula..

Info  mengenai gambar di bawah ini ialah ;

1. Gambar neh dirakam dalam kawasan kuil.

2. Kuil yang dimaksudkan ialah Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak.
3. Anwar dipercayai hadir ke kuil atas sebab perayaan ponggal = 29.1.2012.


RBF

'Warga emas jadi anak dara sunti'

Beliau mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini.
  
Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di Kangar.
  

Tuesday, 14 February 2012

ISRAEL: PERKASA dakwa Nik Aziz mungkin sandiwara

PERKASA menyifatkan kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan atau menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung isu keselamatan Israel mungkin "kenyataan sandiwara".

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu, Datuk Ibrahim Ali (kiri) juga berpendapat kenyataan Mursyidul Am PAS itu sebagai percubaan untuk mengelirukan rakyat.

Makin hampir PRU13, samseng menjadi-jadi

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kekesalan di atas sikap segelintir pihak yang mengganggu ceramah yang diadakan oleh sekumpulan mahasiswa di atas isu kebebasan akademik yang diadakan di Kampung Idaman, Klang.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap tindakan sekumpulan pemuda yang menggangu ceramah tersebut sebagai tindakan tidak bertamadun dan tidak rasional.


Rampas Tanah Rakyat Petanda Kejatuhan umno Terengganu


Pemimpin Umno cawangan yang memimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dikecam hebat oleh masyarakat setempat kerana “merampas” tanah yang sebelum ini dimiliki oleh Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) di Kampung Kolam Mak Tagar, Jalan Santong, Paka, Dungun


Harakahdaily dimaklumkan, tanah berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepunyaan pihak sekolah agama rakyat itu seluas dua ekar dirampas serta diagihkan kepada pihak Umno dan JKKK kawasan itu.


KLCC ke Bukit Bintang Caj RM300

“Maafkan saya…saya tidak menggunakan meter kerana penumpang yang mahukan begitu sebab hendak sampai segera ke lokasi dituju,” helah seorang daripada enam pemandu teksi yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Bandar Sunway.

Namun helahnya terbongkar selepas penumpang yang menaiki teksinya itu memperkenalkan diri sebagai pegawai SPAD

Dunia kroni Umno: Wang Wang Wang!

Ketua Audit Negara telah melakukan kerja yang sangat baik dalam mengeluarkan laporan audit yang menunjukkan penemuan yang jelas dan tidak dapat dinafikan tentang bagaimana wang telah dibelanjakan dan dibazirkan oleh kerajaan UMNO-BN dan jentera mereka pada tahun 2010.


Baru-baru ini kerajaan persekutuan UMNO-BN telah memaklumkan kepada rakyat bahawa ia harus meminjam lebih banyak wang untuk perbelanjaan pada tahun 2012 iaitu sebanyak RM45.9 bilion, kira-kira 4.7% daripada KDNK seperti yang dibentangkan di Parlimen.


Monday, 13 February 2012

Shahrizat Biaya Aktiviti Tahfiz!!



 Dato' Seri Shahrizat Binti Abdul Jalil telah membiayai aktiviti Tahfiz sebanyak RM 100.000...

Baiknya hati Sharizat ye.Tapi perlu diingat mana lagi baki rm240j berasal dari dana rakyat Malasyia hasil penyelewengan
dari projek lembu di bawah National Feedlot Corporation (NFC)
.
 Kalau kau nak derma sekali pun tak payah la nak heboh sampai seluruh Malaysia.
 
  • Adakah ini sekadar untuk menutup isu NFC yang masih belum selesai?
  • Adakah ini sekadar untuk mengelabui mata rakyat semperna PRU13 akan datang ini?
  • Adakah ikhlas kerana Allah Taala?
     Tolong jawab Shahrizat atau para penyokong nya,terima kasih.
     

    JENTERA HILANG KAWALAN REMPUH PAGAR RUMAH.

    Agak-agaknya sekarang ini musim langgar rumah,kedai,petrol pump pulak ye?? 
     Seorang guru terkejut apabila terdengar dentuman kuat sebelum menyedari tembok dan pagar rumahnya di Taman Desa, Seksyen U12, di sini dirempuh sebuah forklift yang diubahsuai sebagai traktor.

    Akibat rempuhan yang berlaku kira-kira jam 11.40 pagi, semalam kereta Nissan Grand Livina milik mangsa, Rozaidah Muhammad, 37, turut rosak.


    Rozaidah berkata, ketika kejadian, dia sedang bersiap-siap untuk keluar mengajar di sekolah berhampiran.

    BEKAS KETUA PENDAKWA SYARIE DIJEL

    IPOH – Sebagai Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), dia dipertanggungjawab untuk mendakwa kes-kes syariah, namun salah guna wang dan kuasa menyebabkan seorang bekas ketua pendakwa syarie di sini semalam menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara dan denda.


    Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Tan Hooi Leng menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan denda RM55,000 ke atas Shahrunnazri Abdul Samad, 44, setelah dia didapati bersalah atas empat pertuduhan meminta dan menerima suapan RM5,000 daripada seorang anggota polis yang berkhalwat bersama pasangannya pada 2007.
     

    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!

    Bayar balik untuk tutup skandal NFC

    Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menasihati Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya daripada peruntukan National Feedlot Corporation (NFC).

    "Saya tidak nampak apa tujuan sebenar Nazri menasihat Shahrizat agar membayar balik peruntukan tersebut, ini bukannya cara untuk kita menutup skandal yang berlaku di dalam NFC.

    Sunday, 12 February 2012

    400,000 ahli UMNO yang belum mendaftar


    TopengMaya:Apa yang korng dapat kalau jadi ahli UMNO??Sebelum pilihan raya mungkin korang boleh dapat seratus dua selepas pilihan raya habuk pun tak daa...Lain la kalau korang pak dan mak menteri!!


     Majoriti daripada 400,000 ahli UMNO yang belum mendaftar sebagai pengundi adalah golongan muda dan pelbagai usaha akan dipertingkatkan bagi memastikan mereka tersenarai sebagai pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
     
    Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Pemuda dan Puteri UMNO telah diarah memberi perhatian terhadap usaha tersebut.

    "Kami berharap dalam tempoh dua minggu ini, usaha mengesan dan mendaftar kumpulan ini sebagai pengundi berhasil, itupun jika tarikh pilihan raya umum ditetapkan selepas tiga bulan," katanya selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana anjuran Puteri UMNO yang turut dihadiri oleh Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di PWTC di sini hari ini.
    400,000 ahli UMNO yang belum mendaftar??

    TM berharap supaya 400,000 ahli tersebut mendaftar menjadi selain dari ahli UMNO..KAH KAH KAH..


    @TopengMaya: Anak Muda Turun Tibai Barisan Nasional.


    Label ‘parti ajaran sesat’: MB Terengganu sedia disaman Pas

    BACA SEKADAR UNTUK MENGETAHUI KEBODOHAN DAN KEJAHILAN PEMIMPIN UMNO/BN !!! kah kah kah..

    UTUSAN MELOYA NEWS

    Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said enggan tunduk kepada desakan Pas yang memberi tempoh tiga hari agar beliau menarik balik kenyataannya mendakwa parti itu sebagai ‘parti ajaran sesat’.


    Malah, Ahmad bersedia disaman oleh Pas berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

    SHAHRIZAT MAHU PERBODOHKAN RAKYAT KEDAH

    Kenyataan Dato’ Seri Shahrizat Abd.Jalil ketika menghadiri Program Pemantapan Jentera Pilihanraya Wanita BN di Kuala Kedah baru-baru ini menyerlahkan lagi sikap UMNO/BN yang jelas masih menggunakan kaedah lama dikala rakyat kini dihidangkan dengan suasana ‘langit terbuka’ serta ‘celik’ informasi. Beliau jelas terkebelakang kerana rakyat negeri Kedah sekarang sedang menikmati hasil kekayaan negeri yang diurus tadbir secara berhemah

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...