Showing posts with label INFO POLITIK. Show all posts
Showing posts with label INFO POLITIK. Show all posts

Saturday, 10 March 2012

Konspirasi dalam Umno: Najib rancang 26 Mei untuk merdeka dari Dr M .


Konspirasi dalam Umno

Tekaan untuk tarikh pilihan raya kembali lagi dan sekarang ianya mengatakan bahawa 26 Mei, yang jatuh pada hari Sabtu sebagai tarikh keramat itu. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mengadakan pilihanraya lebih awal daripada itu walaupun penasihatnya cuba berselindung dengan mengadakan cerita bahawa 'pilihan raya semakin hampir’ kepada pihak media, ini berkemungkinan hanya diadakan untuk mengelirukan kita.

"Terus terang saya cakap, saya tidak fikir Najib sendiri tahu bila PRU ke-13 akan diadakan.

Thursday, 8 March 2012

Mahyuddin cabar PAS?


" Tan sri Mahyuddin Yasin timbalan perdana  1 Malaysia tahu PAS tak mungkin boleh meroboh kubu kuat umno Johor.

Atas sebab itulah Mahyuddin Yassin ketika bercakap di Bakri Muar Johor dengan nada sinis menjemput PAS ke negari kubu kuat umno untuk meroboh benting yang kuat kukuh itu.


Wednesday, 22 February 2012

Musim Mencium Tangan

Bila habis musim raja sehari
Tiba pula musim buang undi
Maka banyak lawatan menteri
Terutama hari minggu atau hari cuti
Banyak sekolah dan pejabat nak dirasmi
Kemudian buat perhimpunan cikgucikgi
Beri kata dua jangan lupa undi kami
Macam kata PM i help you you help me
Diguna jentera gomen atas nama tugas rasmi
Polis trafik eskot dari petang hingga awal pagi


Wednesday, 15 February 2012

Sokong Israel:Umno cabar PAS keluar Pakatan.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini berkata adalah lebih baik PAS keluar daripada Pakatan Rakyat daripada meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal.

 "Nak minta Anwar supaya tarik (balik kenyataan) ... buat apa lagi? Tariklah PAS keluar (daripada pakatan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalinan Mesra KEMAS Parlimen Subang di Kampung Paya Jaras Hilir di Sungai Buluh.

Sunday, 12 February 2012

Mukhriz: Semakin ramai India sokong BN di Kedah??

Sokongan masyarakat India di Kedah kepada Barisan Nasional (BN) kini dilihat semakin meningkat berikutan langkah BN yang sentiasa membantu masyarakat itu walaupun BN tidak mentadbir kerajaan negeri.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata peningkatan sokongan terhadap BN jelas terbukti dengan kehadiran ramai masyarakat India pada majlis-majlis politik, keagamaan dan adat anjuran BN di negeri ini.

"Faktor yang mendorong mereka menyokong BN adalah walaupun tidak memerintah Kedah tetapi BN masih membantu kesukaran hidup dan mengatasi masalah masyarakat tersebut," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Pesta Ponggal MIC Bahagian Padang Serai, di Padang Awam Taman Selasih di Kulim semalam.

Mukhriz berkata selain itu, perasaan kecewa serta muak dengan janji-janji kosong pakatan pembangkang khususnya PAS yang memerintah Kedah, menyebabkan masyarakat India di negeri ini kini beralih menyokong BN.

"Golongan itu bukan sahaja kecewa malah berasa marah kerana apa yang dijanjikan selepas pilihan raya umum 2008 tidak pernah ditunaikan," katanya.

Katanya, masyarakat India juga tertawan dengan keikhlasan perjuangan BN berbanding pengalaman yang mereka alami ketika PAS menerajui Kedah selama ini.  

- Bernama

Saturday, 11 February 2012

PAS Terengganu yakin menang PRU13

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut cukup yakin Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, ini bakal berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

 Katanya, berdasarkan senario semasa politik negara hari ini, Terengganu juga akan dimenangi oleh PAS pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, kerajaan PAS pernah memerintah Terengganu sebanyak dua kali iaitu pada pilihan raya pertama tahun 1959 dan PRU10 tahun 1999.

Tuesday, 7 February 2012

Ulama Pas disuruh umngok untuk mentarbiah Tok Guru Nik Aziz



Tok Guru Nik Aziz perlu ditarbiah..


Ulama Pas perlu mentarbiah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap hipokrit semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keengganan Nik Abdul Aziz menyatakan pendirian berhubung sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan sebuah negara Israel baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian.

"Dia sepatutnya berkata sesuatu yang lebih tegas bukannya berdiam diri atau sekadar meminta penjelasan Anwar yang sebenarnya hanya satu helah.

"Nik Abdul Aziz sudah banyak menyeleweng, maka perlu ulama dalam Pas sendiri membawa beliau kembali ke pangkal jalan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Utusan Pengampu Dalam Malaysia

Daripada utusan Malaysia dok sibuk suruh ulama Pas mentarbiah Tok Guru Nik Aziz lebih baik dan lebih elok suruh ulama muda Umno untuk mentarbiah Datuk Najib,Rosah Mansor serta kroni2 nya supaya bertaubat kembali ke jalan Allah...Dan menasihatkan Rosmah Mansor A.K.A PEREMPUAN PUAKA supaya jangan terus menghabiskan duit rakyat Malaysia semata-mata untuk kegunaan sendiri..Kalau duit Rosmah menabung dari kacil amat dialu-alu kan,nak melancong sampai ke Paris,Canada n all pun kami selaku rakyat Malaysia tak akan masuk campur......


Layakkah Najib tanding sebagai MP Pekan?

Benarkah populariti Datuk Seri Najib Abdul Razak kini lebih baik berbanding populariti Datuk Seri Anwar ibrahim pada masa ini?

Maksud "popular" di sini boleh jadi positif atau negatif.

Seseorang yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi boleh juga menjadi begitu popular di kalangan rakyat yang tertipu di sebalik topeng seorang ahli politik yang berjaya menduduki kerusi nombor satu di sesebuah negara itu.

Umno/BN turun padang hanya untuk p'raya semata-mata

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan pemimpin dan ahli Umno serta parti komponen BN yang lain supaya tidak menganggap kekerapan Perdana Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang sebagai membawa mesej pilihan raya semata-mata.

Sebaliknya, katanya, ia memberi mesej kepada semua pemimpin dan anggota parti komponen BN supaya meningkatkan usaha membela dan berbakti kepada rakyat akar umbi.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata pemimpin dan anggota BN perlu sentiasa mendampingi rakyat dan mengatasi masalah mereka dan tidak menunggu sehingga pilihan raya umum diumumkan.

NGO: Dana NFC diseleweng untuk Wanita Umno?

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil dipersoal atas kenyataannya yang didakwa seolah-olah cuba mengheret Wanita Umno dalam kontroversi projek lembu Pusat Fidlot Nasional.

Ketua Koordinator JINGGA 13 Fariz Musa (bawah) berkata, kenyataan isteri pengerusi National Feedlot Corporation itu dilihat mengalih isu kononnya serangan berkaitan bertujuan menjatuhkan dirinya dan Wanita Umno.

"Persoalan yang timbul adakah dana NFC tersebut juga diseleweng untuk kegunaan Wanita Umno apabila beliau cuba mengheret Wanita Umno sama?" soal NGO yang dekat dengan PKR itu.

Monday, 6 February 2012

Utuse meloya:Umat Islam jangan tertipu imej Islam Pas. Kah Kah Kah

Dari Utuse Meloya buat semua pencacai umno/bn...kah kah kah





 Umat Islam tidak seharusnya terpedaya dengan imej ulama yang dibawa oleh pemimpin Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebenarnya turut mempunyai keinginan dan nafsu terhadap kuasa politik.
 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Datuk Hasan Malek berkata, imej ustaz atau Tok Guru yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz juga hanya adegan politik untuk menagih kepercayaan dan sokongan orang ramai.

''Apatah lagi sekarang sudah jelas Nik Abdul Aziz juga tetap menyanjung Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun Ketua Pembangkang itu menyatakan sokongan terhadap Israel.

Saturday, 4 February 2012

Najib beri isyarat Rela 'bertempur' dengan rakyat

Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.

"Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.

Friday, 3 February 2012

PRU13: Najib nafi Parlimen bubar minggu depan

Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

Perdana Menteri berkata masa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 bergantung kepada banyak faktor.

"Pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

PRU13: Dakwat kekal tak cukup, media mesti bebas

Penggunaan dakwat kekal yang bakal dilakukan oleh pemerintah Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti tidak cukup, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Katanya, antara perubahan yang terpenting adalah kebebasan media sebagaimana yang dituntut oleh PAS dan Pakatan Rakyat selama ini.

Dr Khir Toyo: Saya serik jadi Menteri Besar Selangor

SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo berkata beliau serik menjadi menteri besar Selangor yang disandangnya selama lapan tahun.

“Tidak ada satu pengiktirafan yang saya dapat, sebaliknya cacian walaupun saya menjalankan tugas dengan baik.

“Saya jalankan amanah, ekonomi baik, pekerjaan banyak setinggan saya hapuskan sehingga 98 peratus. Semua baik waktu itu.

Thursday, 2 February 2012

Pemuda P Pinang sedia anjur debat negara bankrap

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pemuda Penang) bersedia menjadi penganjur 'Debat Perdana' di antara Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop berkaitan tajuk 'Malaysia Bankrap Jika Hapus Tol Lebuhraya'.

Ketua Angkatan Muda Parti KeAdiLan (PKR), Amir Ghazali, Pemuda DAP (DAPSY), Ng Wei Aik dan Dewan Pemuda PAS yang diwakili oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua

DR MAHATHIR SENGAJA MEMUTARBELIT DAN MELUPAKAN FAKTA


Tun Dr Mahathir Mohammad semalam menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan simpatisan Yahudi. Dr Mahathir sengaja memutarbelitkan kenyataan Anwar dan sengaja melupakan hubungan akrabnya dengan Amerika suatu ketika dahulu.



Anwar telah menjelaskan bahawa kenyataannya di dalam akhbar Wall Street Journal yang dimainkan UMNO dan media mereka hari ini adalah selari dengan penyelesaian dua negara (two-state solution) yang diterima inisiatif keamanan dunia Arab, Malaysia malah Hamas sendiri, pejuang kemerdekaan Palestin.
~ Isu Pakatan Rakyat di Facebook  

Wednesday, 1 February 2012

Habitat Umno masyarakat tanpa maklumat

Umno didakwa hanya boleh hidup di tempat yang masyarakatnya tidak bermaklumat, kata Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Mokhtar Senik (gambar).
Beliau berkata, untuk meraih kemenangan PAS mesti menjadikan masyarakat berilmu dan celik maklumat.

Berucap merasmikan Konvensyen ICT & Media Baru PAS Pahang 2012 di Darul Amin Sungai Gau di sini Sabtu lalu,

Tuesday, 31 January 2012

Media Umno Kaki Putar Belit

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang memutar belit kenyataannya semata-mata mahu memfitnah, kononnya Ketua Pembangkang itu mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.


Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Friday, 27 January 2012

Najib Tak Tahu Menahu Tentang Video Seks Baru






Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai satu video baru yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya dalam sidang media lewat malam ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, Najib juga berkata perkara itu sepatutnya ditanya kepada Datuk T yang membuat dakwaan itu.

"Saya tak tahu, kena tanya dialah, jangan tanya saya," katanya.

Ditanya sekiranya beliau telah menonton video tersebut, Najib juga berkata beliau tidak tahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...